• “Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Posted by Cannon 0 comments

Manusia Tertinggi

Robert Wadlow
Manusia tertinggi yang pernah direkodkan oleh Guiness World Records ialah Robert Wadlow yang mempunyai ketinggian 272cm (8 kaki 11.1 inci). Beliau meninggal dunia pada tahun 1940 ketika berusia 22 tahun. Berat badannya ketika meninggal dunia ialah 486 paun (220 kg). Beliau juga masih lagi mengalami pertumbuhan ketinggian sehingga waktu kematiannya. Ketinggiannya yang melampau adalah disebabkan oleh masalah  hypertrofi pada kelenjar pituitarinya.

Sultan Kosen
Kini, rekod manusia tertinggi di dunia dipegang oleh Sultan Kosen yang mempunyai ketinggian 246.5cm (8 kaki 1 inci). Beliau berasal dari Turki dan berumur 27 tahun pada Jun 2010 yang lalu. Beliau merampas gelaran manusia tertinggi di dunia daripada Bao Xishun dari China yang hanya mempunyai ketinggian  236cm. Seorang lelaki dari Ukraine, Leonid Stadnyk pula mendakwa bahawa dia 10.5cm lebih tinggi daripada Sultan Kosen. Namun, beliau gagal mendapat gelaran manusia tertinggi di dunia kerana menolak untuk diukur oleh pegawai Guiness World Records.

Seperti manusia tertinggi dunia yang lain, Sultan Kosen juga mengalami masalah fungsi berkaitan pengeluaran hormon pertumbuhannya. Kadar pertumbuhan Sultan Kosen terus bertambah sejak beliau berusia 10 tahun kerana masalah tumor yang menyebabkan pengeluaran hormon pertumbuhan secara berterusan daripada kelenjar pituitarinya. Tumor tersebut berjaya dibuang melalui satu pembedahan dan kadar pertumbuhannya berhenti pada tahun 2008.

Sultan Kosen juga memegang rekod dunia untuk tangan dan kaki terbesar yang mana masing-masing berukuran 27.5cm dan 36.5cm.

Manusia Terpendek
Rekod terkini manusia terpendek di dunia dipegang oleh Khagendra Thapa Magar yang hanya mempunyai ketinggian 57.15cm (22.5 inci). Walau bagaimanapun, ia belum pernah disahkan secara rasmi oleh pihak Guiness World Records.

Khagendra Thapa Magar berasal dari Nepal dan hanya mempunyai berat 5.5 kg. Pada usia 18 tahun (14 Oktober 2010), beliau telah mengambil gelaran manusia terpendek di dunia yang sebelumnya dipegang oleh Edward "Nino" Hernandez dari Colombia yang mempunyai ketinggian 70 cm (2 kaki 3 1⁄2 inci).
Khagendra Thapa Magar
Khagendra Thapa Magar dan Sultan Kosen

Subscribe to My Blog

Subscribe Here