Manusia Tertinggi
![]() |
| Robert Wadlow |
![]() |
| Sultan Kosen |
Seperti manusia tertinggi dunia yang lain, Sultan Kosen juga mengalami masalah fungsi berkaitan pengeluaran hormon pertumbuhannya. Kadar pertumbuhan Sultan Kosen terus bertambah sejak beliau berusia 10 tahun kerana masalah tumor yang menyebabkan pengeluaran hormon pertumbuhan secara berterusan daripada kelenjar pituitarinya. Tumor tersebut berjaya dibuang melalui satu pembedahan dan kadar pertumbuhannya berhenti pada tahun 2008.
Sultan Kosen juga memegang rekod dunia untuk tangan dan kaki terbesar yang mana masing-masing berukuran 27.5cm dan 36.5cm.
Manusia Terpendek
Rekod terkini manusia terpendek di dunia dipegang oleh Khagendra Thapa Magar yang hanya mempunyai ketinggian 57.15cm (22.5 inci). Walau bagaimanapun, ia belum pernah disahkan secara rasmi oleh pihak Guiness World Records.
Khagendra Thapa Magar berasal dari Nepal dan hanya mempunyai berat 5.5 kg. Pada usia 18 tahun (14 Oktober 2010), beliau telah mengambil gelaran manusia terpendek di dunia yang sebelumnya dipegang oleh Edward "Nino" Hernandez dari Colombia yang mempunyai ketinggian 70 cm (2 kaki 3 1⁄2 inci).
![]() |
| Khagendra Thapa Magar |
![]() |
| Khagendra Thapa Magar dan Sultan Kosen |





0 Responses
Post a Comment